Sunday, 29 December 2013

Komunikasi Media

Selamat Sejahtera...  untuk entri kali ini, saya akan membincangkan mengenai Komunikasi Media yang telah dibentangkan oleh rakan sekelas saya iaitu kumpulan Naim. 

Apakah yang dimaksudkan oleh Komunikasi Media??? Komunikasi media merupakan suatu proses penghantaran mesej oleh sesebuah institusi yang kompleks kepada pengguna yang ramai dan berlainan dari pelbagai lokasi. 

Antara contoh-contoh komunikasi media ialah email, usenet, newsgroup dan lain-lain lagi.
Fungsi email ialah menghantar dan menerima maklumat seperti teks, grafik, audio dan video dengan pantas dan murah ke dunia elektronik dengan menggunakan talian telefon. Emel yang dihantar akan disimpan kedalam server mail sehinggalah email itu dibuka oleh penerimanya. 

Terdapat dua fungsi dalam email iaitu Cc dan Bcc. Carbon Copy bermaksud penerima email dapat melihat kepada siapa email itu dihantar. Bcc pula ialah Blind Carbon Copy yang bermaksud penerima email tidak dapat melihat penerima email yang lain. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai komunikasi media, sila rujuk nota ini :: Komunikasi Media

No comments:

Post a Comment