Bermula tahun
1990 hingga tahun 2001, manusia di seluruh dunia telah mula diperkenalkan
dengan teknologi Web 1.0. Secara umumnya, Web 1.0 adalah generasi pertama web
yang berfungsi sebagai pemberi makumat dan informasi yang bersifat satu arah
(one way interaction). Contoh paling mudah difahami ialah Yahoo mail.
Teknologi web
semakin berkembang dari masa ke semasa. Web 2.0 telah diperkenalkan pada tahun
2001 bagi menggantikan Web 1.0. Jika Web
1.0 bersifat statik dan one way
interaction, Web 2.0 bersifat lebih interaktif. Web 2.0 lebih dikenali
sebagai Social Web kerana aplikasi
didalam teknologi Web 2.0 membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan
pengguna yang lain dalam satu masa yang sama. Contoh aplikasi yang terdapat
dalam teknologi Web 2.0 adalah aplikasi media sosial seperti Facebook, Flickr,
Twitter, Blogs, Youtube dan banyak lagi. Web 2.0 membenarkan pengguna membaca
dan menulis berbeza dengan Web 1.0 dimana pengguna hanya dibenarkan membaca
maklumat yang terdapat pada laman web tersebut. Melalui Web 2.0, pengguna bukan sahaja
dapat melayari laman web, malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi
kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa,
ruang dan lokasi. Interaksi secara dua hala akan berlaku dengan menggunakan aplikasi
dalam Web 2.0 tanpa mengira di mana sahaja pengguna berada.
Bermula tahun
2010, teknologi Web 3.0 telah diperkenalkan. Ianya adalah menambahbaik aplikasi
yang terdapat dalam Web 1.0 dan Web 2.0. Web ini adalah bercirikan web semantik
atau dikenali dengan makna data. Web 3.0 memudahkan pengguna untuk melayari
carian internet dengan hanya menaip kata kunci maklumat yang ingin dicari.
Melalui carian yang dilakukan juga dapat mencadangkan kandungan lain yang
berkaitan. Contoh yang terdapat dalam teknologi Web 3.0 adalah voice google search yang terdapat dalam smartphone. Tambahan pula Web 3.0 yang merupakan web sematik adalah laman web yang dilengkapi dengan ciri
komputer yang dapat berfikir dimana apabila kita mencari sebuah perkataan,
contohnya “kucing”. Pengguna akan memperolehi semua maklumat dan data biologi
tentang spesies kucing. Sebelum wujudnya web 3.0, carian maklumat hanya boleh
dilakukan oleh manusia. Melalui web semantik, komputer dapat menggantikan
peranan manusia untuk berfikir, menganalisis dan menentukan maklumat yang
sedang dicari.
Untuk memahami dengan lebih mendalam, sila rujuk nota yang telah disediakan oleh kumpulan saya mengenai Web 1.0, Web 2.0 dan Web 3.0 :
No comments:
Post a Comment