Sunday, 29 December 2013

E-commerce

Selamat sejahtera.. Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai E-commerce. Tajuk ini telah dibentangkan oleh rakan sekelas saya iaitu Aini Suzani.

  • E-commerce dapat didefinisikan sebagai perniagaan secara atas talian. 
Sila rujuk nota yang telah disediakan oleh rakan saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai e-commerce. Sila klik pada gambar di bawah.


http://prezi.com/9rmpno-ffhxo/e-commerce/

Cloud Computing

Selamat sejahtera. Pada kali ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua mengenai 'Cloud Computing' yang mana tajuk ini telah dibentangkan oleh rakan sekelas saya iaitu kumpulan Noramera. 
  • Apakah yang dimaksudkan dengan cloud computing?
  • Konsep cloud computing.
  • Bagaimana cloud computing bekerja.
  • Contoh-contoh cloud computing.
  • Kebaikan menggunakan cloud computing.
Sila rujuk bahan di bawah untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai cloud computing, sila klik pada gambar di bawah :

http://prezi.com/hzuu9yu_d8yy/cloud-computing/

Social Networking

Social network boleh ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan individu bersama kumpulan tertentu, sepertimana masyarakat kecil dan ataupun kejiranan. Walaupun rangkaian sosial terdapat di mana-mana terutama sekali di sekolah-sekolah atau di tempat kerja, rangkaian secara online adalah yang paling popular. Ini kerana kebanyakan daripada kalangan mereka adalah golongan yang sangat aktif bersosial secara online untuk mengembangkan persahabatan.

Contoh-contoh social networking ialah facebook, twitter, instagram dan banyak lagi. Kelebihan dalam menggunakan social networking ialah :
- perkongsian maklumat dan ilmu
- mudah menyebarkan maklumat
- komunikasi tanpa sempadan

Keburukan social networking :
- melalaikan dan melekakan
- ketagihan
- gangguan dari individu yang tidak dikenali 

Berikut merupakan langkah-langkah bagi mengelakkan daripada digodam :
- tidak mendedahkan maklumat peribadi
- sentiasa menukar kata laluan

Malware

Malware dapat didefinisikan sebagai Perisian Hasad ( Malicious Software ). Untuk entri ini, saya akan membuat ringkasan mengenai malware yang telah dibentangkan oleh rakan sekelas saya, Shafilah.
Terdapat lima jenis malware iaitu :
- phising
- spyware
- virus
- trojan
- worm

Cara malware menyerang sistem komputer dan aplikasi :
- email
- download
- klik iklan
- melayari laman web lucah

Langkah berjaga-jaga untuk elak dari diserang malware ::
- pastikan memiliki antivirus yang aktif dan sentiasa di update.
- elakkan daripada menggunakan perisian cetak rompak.

Sila rujuk nota Malware untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Web 1.0, Web 2.0 dan Web 3.0

Bermula tahun 1990 hingga tahun 2001, manusia di seluruh dunia telah mula diperkenalkan dengan teknologi Web 1.0. Secara umumnya, Web 1.0 adalah generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi makumat dan informasi yang bersifat satu arah (one way interaction). Contoh paling mudah difahami ialah Yahoo mail.

Teknologi web semakin berkembang dari masa ke semasa. Web 2.0 telah diperkenalkan pada tahun 2001 bagi menggantikan Web 1.0.  Jika Web 1.0 bersifat statik dan one way interaction, Web 2.0 bersifat lebih interaktif. Web 2.0 lebih dikenali sebagai Social Web kerana aplikasi didalam teknologi Web 2.0 membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan pengguna yang lain dalam satu masa yang sama. Contoh aplikasi yang terdapat dalam teknologi Web 2.0 adalah aplikasi media sosial seperti Facebook, Flickr, Twitter, Blogs, Youtube dan banyak lagi. Web 2.0 membenarkan pengguna membaca dan menulis berbeza dengan Web 1.0 dimana pengguna hanya dibenarkan membaca maklumat yang terdapat pada laman web tersebut. Melalui Web 2.0, pengguna  bukan sahaja dapat melayari laman web, malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Interaksi secara dua hala akan berlaku dengan menggunakan aplikasi dalam Web 2.0 tanpa mengira di mana sahaja pengguna berada.

Bermula tahun 2010, teknologi Web 3.0 telah diperkenalkan. Ianya adalah menambahbaik aplikasi yang terdapat dalam Web 1.0 dan Web 2.0. Web ini adalah bercirikan web semantik atau dikenali dengan makna data. Web 3.0 memudahkan pengguna untuk melayari carian internet dengan hanya menaip kata kunci maklumat yang ingin dicari. Melalui carian yang dilakukan juga dapat mencadangkan kandungan lain yang berkaitan. Contoh yang terdapat dalam teknologi Web 3.0 adalah voice google search yang terdapat dalam smartphone. Tambahan pula Web 3.0 yang merupakan web sematik adalah laman web yang dilengkapi dengan ciri komputer yang dapat berfikir dimana apabila kita mencari sebuah perkataan, contohnya “kucing”. Pengguna akan memperolehi semua maklumat dan data biologi tentang spesies kucing. Sebelum wujudnya web 3.0, carian maklumat hanya boleh dilakukan oleh manusia. Melalui web semantik, komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk berfikir, menganalisis dan menentukan maklumat yang sedang dicari.
Untuk memahami dengan lebih mendalam, sila rujuk nota yang telah disediakan oleh kumpulan saya mengenai Web 1.0, Web 2.0 dan Web 3.0

Komunikasi Media

Selamat Sejahtera...  untuk entri kali ini, saya akan membincangkan mengenai Komunikasi Media yang telah dibentangkan oleh rakan sekelas saya iaitu kumpulan Naim. 

Apakah yang dimaksudkan oleh Komunikasi Media??? Komunikasi media merupakan suatu proses penghantaran mesej oleh sesebuah institusi yang kompleks kepada pengguna yang ramai dan berlainan dari pelbagai lokasi. 

Antara contoh-contoh komunikasi media ialah email, usenet, newsgroup dan lain-lain lagi.
Fungsi email ialah menghantar dan menerima maklumat seperti teks, grafik, audio dan video dengan pantas dan murah ke dunia elektronik dengan menggunakan talian telefon. Emel yang dihantar akan disimpan kedalam server mail sehinggalah email itu dibuka oleh penerimanya. 

Terdapat dua fungsi dalam email iaitu Cc dan Bcc. Carbon Copy bermaksud penerima email dapat melihat kepada siapa email itu dihantar. Bcc pula ialah Blind Carbon Copy yang bermaksud penerima email tidak dapat melihat penerima email yang lain. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai komunikasi media, sila rujuk nota ini :: Komunikasi Media

Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sudah pasti ramai yang pernah mendengar TMK ini. Untuk entri kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai TMK ini berdasarkan pembentangan rakan sekelas saya iaitu kumpulan Shamsul.

 Definisi TMK ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.

Berikut pula merupakan kelebihan menggunakan aplikasi TMK::
- memudahkan perkongsian maklumat
- komunikasi lebih pantas dan rendah kos
- komunikasi tanpa sempadan

Contoh aplikasi TMK yang digunakan di UPSI ialah MyGuru2. Fungsi utama MyGuru2 ialah membenarkan pensyarah memuatnaik dan berkongsi bahan pengajaran dengan para pelajar. Dengan adanya aplikasi ini, memudahkan pelajar untuk menghantar tugasan serta berkomunikasi dengan pensyarah mereka.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kesan-kesan negatif penggunaan aplikasi TMK, anda boleh lah merujuk nota ini : Kesan negatif penggunaan aplikasi TMK